Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah telah ditubuhkan lewat tahun 1955. Lokasinya terletak di Bahagian Sibu iaitu kira-kira 75 Kilometer dari Bandar Sibu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah pedalaman, namun begitu kini ianya telah mempunyai jalan raya sebagai laluan utama perhubungan ke Bandar Sibu. Nama SK Sungai Tuah diambil sempena nama sebatang anak sungai yang terletak di belakang sekolah ini iaitu Sungai Tuah.